Sunday, 18 December 2011

PENJAGAAN DIRI

Smileon

Menggosok gigi adalah salah satu perkara penting untuk kesihatan penjagaan di dalam mulut. Namun kebanyakan ubat gigi boleh menyebabkan lebih banyak kerosakan daripada kebaikan kerana kandungan yang kasar boleh menghakis enamel gigi atau kekurangan fluorida yang penting untuk perlindungan gigi yang lebih baik. Jika ingin mencari ubat gigi yang ideal, Ubat Gigi SmileOn dengan Aloe Vera adalah pilihan tepat untuk penjagaan mulut yang sihat. Ubat Gigi SmileOn dengan Aloe Vera adalah ubat gigi yang dirumus khas yang membersih dengan lebih baik, mengekalkan gusi yang lebih sihat dan menjanjikan senyuman yang memikat sentiasa. Ekstrak Aloe Veranya memberikan kuasa pembersihan yang melegakan dan perlindungan fluorida SMFPnya mengekalkan gusi dan gigi yang sihat dan kuat, terhindar daripada tartar, plak dan gigi berlubang yang disebabkan oleh pemberusan gigi yang tidak sempurna atau penggunaan ubat gigi yang kurang berkemampuan. Gunakan Ubat Gigi SmileOn dengan Aloe Vera dengan kerap dan nikmati rasa pudina yang menyejukkan lagi menyegarkan.
Dolphin

 Syampu yang sesuai untuk cucian harian yang lembut dengan sedikit perapian. Syampu Perapi Rambut Botani Dolphin dengan Aloe Vera, Netel dan Pro-Vitamin B5 adalah formulasi kaya buih dengan adunan ekstrak herba dan tumbuhan seperti Aloe Vera dan Netel bagi menambahkan kecantikan semula jadi kepada rambut anda. Syampu unik ini juga mengandungi pantenol atau Pro-vitamin B5 yang bertindak sebagai pelembap yang menembus ke dalam rambut untuk rambut yang sihat bersinar dan mudah diurus serta kulit kepala yang sihat.
Laviteen

Syampu badan kaya buih yang sungguh merangsangkan dengan ekstrak teh hijau yang menjadikan kulit lebih sihat dengan setiap mandian. Baunya yang menggamit perasaan memberikan rasa sensasi kesegaran. Formulasi khasnya diperkayakan dengan ramuan pelembut dan penghidrat yang menjaga imbangan semula jadi kulit, mengekalkan minyak asli pada kulit. Syampu Badan Laviteen Dengan Teh Hijau Untuk Kulit Biasa direka khas untuk memberikan penyuburan yang menghidrat selain menggunakan kebaikan Ekstak Teh Hijau dan Buah Kiwi - bahan penting untuk memberikan pembersihan, pelembapan, penyuburan dan rawatan antioksida yang lembut dan berkesan agar kulit sentiasa bermaya, segar dan halus.
Baby Cinta

Tiada yang lebih halus daripada rambut dan kulit bayi. Bayi tidak mempunyai rembesan air mata normal untuk melindungi mata mereka daripada gangguan luaran. Oleh sebab itulah mereka memerlukan syampu formulasi khas yang bukan sahaja hipoalergenik (tidak menyebabkan alahan) tetapi ia juga lembut dan melegakan kulit. Syampu Rambut Baby Cinta diperbuat daripada kombinasi bahan mesra-bayi yang istimewa. Syampu Rambut Baby Cinta mudah dibilas, menjadikan rambut lembut, bersinar, terurus dan bersih. Ia berbau harum, lembut, dengan formulasi pH seimbang serta Ekstrak Aloe Vera bagi kebaikan dan kesan penyuburan aloe vera yang menakjubkan. Formulasi hipoalergenik yang membersih, melembap dan melindungi kulit kepala bayi secara lembut tanpa merengsakan mata atau kulit bayi - Syampu Rambut Baby Cinta pilihan mandian bayi yang pasti digemari!
Assaho

 Manjakan diri anda dengan Bedak Talkum Wangi Assaho untuk Lelaki yang lembut, ringan dan selesa - haruman eksklusif yang direka khas untuk lelaki bercita-cita tinggi yang sentiasa dahagakan cabaran. Gunakan setiap hari untuk rasa lembut dan segar dengan wangiannya yang memberikan keselesaan sepanjang hari. Pilihan ideal untuk lelaki yang ingin nikmati rasa dingin dan menyegarkan ketika menjalankan gaya hidup aktif di pejabat mahupun semasa riadah. Penyelesaian terbaik untuk menghindari ruam panas dan kerengsaan kulit yang lain.
Hinokoshiwa

Pelapik Penjagaan Kaki Hinokoshiwa memberikan salah satu kaedah tradisional yang berkesan untuk memperbaiki kesihatan menyeluruh melalui penyahtoksik sistem limfa melalui tapak kaki. Penyahtoksik sedemikian telah diamalkan sejak sekian lama di Jepun dan Asia manakala penyelidik Jepun telah menyatukan beberapa bahan di dalam pelapik penjagaan kaki ini yang mempunyai keupayaan unik menstimulasi titik refleks dan hujung saraf pada tapak kaki bagi menawarkan peningkatan kesejahteraan tubuh.

Warna Pelapik Penjagaan Kaki Hinokoshiwa akan berubah menjadi kelabu atau hitam dan akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan beberapa jam selepas pemakaiannya, bergantung kepada tahap kandungan toksin yang terkumpul di dalam badan. Ia menunjukkan kandungan toksin di dalam badan telah dikeluarkan menerusi penyerapan keluar pada tapak kaki, iaitu cecair limfa yang tidak diperlukan dan tidak menyihatkan. Selepas penggunaan berterusan, warna yang terhasil akan menjadi semakin cerah, menunjukkan toksin badan semakin berkurangan, imbangan tubuh sebelumnya telah diperolehi semula dan keseimbangan semula jadi yang sihat telah dicapai
Eltina

Syampu Badan Eltina Dengan Lemon, Ginseng Dan Vitamin E menghasilkan buih yang banyak untuk mandian dari hujung rambut ke hujung kaki, meninggalkan rasa kulit yang lembut, bersih dan segar. Bercirikan kompleks nutrien istimewa seperti Lemon, Ginseng dan Vitamin E, syampu badan premium ini memberikan rawatan hebat untuk mengekalkan kulit yang lembut, lembap dan dimanjakan. Lemon dianggap sebagai pengembali kemudaan. Ia membantu mewujudkan kulit muda sementara Vitamin E dan Ginseng pula bertindak menghasilkan kulit yang sihat dan lembut. Ekstrak Ginseng merupakan bahan antioksida berkuasa tinggi yang mengaktifkan superoksida dismutase (SOD) - salah satu daripada enzim utama antioksida yang paling berkesan digunakan untuk merangsang pertumbuhan sel, menggalakkan kitaran mikro serta membekalkan sifat anti-keradangan dan bahan pembersih. Formulasi hebat ini juga mengandungi Natrium Laktat dan gliserin untuk kesan lembapan dan humektan yang lebih baik.
Wanisa

Perlindungan terbaik bagi setiap wanita pada hari-hari tertentu, setiap bulan

Rangkaian produk TUALA WANITA WANISA adalah penemuan revolutioner yang memenuhi segala keperluan anda, sama ada semasa kedatangan haid mahupun hari-hari di antaranya. Didatangkan dalam 3 bungkusan mudah untuk menolong anda menghadapi hari-hari aliran haid anda: “Siang” untuk hari aliran biasa; “Malam” untuk hari aliran tenat atau untuk kegunaan di waktu malam dan “Pelapik” untuk hari aliran ringan atau untuk kegunaan harian. Diperbuat daripada pelbagai lapisan bahan superior dengan rangkaian ciri-ciri unik, ia memberikan anda kawalan walaupun ketika hari yang merisaukan. Potongannya direka agar terletak kemas mengikut bentuk tubuh anda serta memberikan perlindungan anti-kebocoran yang hebat. Ciri serap terus uniknya dengan lapisan penyerap pelbagai merupakan ‘penyelamat’ di hari-hari aliran yang tenat. Kedua-dua sayap berpelekatnya (Siang & Malam sahaja) dan pita pelekat yang kuat akan melekap mengikut lentur seluar dalam anda dan menetapkan TUALA WANITA WANISA pada kedudukannya. Lebih daripada itu, Jalur Bio-Perlindungan Multi-Tindakannya dengan fungsi 4-dalam-1 ~ Fungsi Sinar Inframerah Jauh & Ion Negatif unik dengan tindakan Anti-bakteria dan Penyahbauan, memberikan lebih banyak kebaikan untuk perlindungan dan penjagaan yang secukupnya. Rasai kesegaran dan keselesaan yang unggul, dapatkan perlindungan kebersihan maksimum dan bebaskan diri anda dari gangguan bulanan! Bertukarlah kepada seorang wanita yang yakin dan percaya-diri! Jadilah wanita berkuasa!

No comments:

Post a Comment