Sunday, 18 December 2011

PENJAGAAN RUMAH

Xtra Wash

Xtra Wash adalah sebatian pencuci pakaian yang hebat lagi menakjubkan dalam menanggalkan kesan dan bau yang degil pada pakaian anda, dan yang tinggal hanyalah pakaian putih yang lebih putih dan pakaian berwarna yang lebih menyerlah warnanya berbanding sebelumnya. Ia meresap jauh ke dalam serat dan menanggalkan kesan yang paling degil seperti kesan mentega, gris dan protein dari sisa makanan dengan berkesan dan cepat. Formulasi Xtra Wash yang baru dan dipertingkatkan memberikan pelbagai ciri-ciri handalan, menjadikannya pilihan Nombor Satu untuk pembersihan segala jenis cucian. Ia mengandungi Sodium Tripolifosfat iaitu bahan pembina berkuasa untuk melembutkan dan memperbaiki struktur fabrik, Peluntur Suria untuk meningkatkan keputihan fabrik, Oksigen Aktif dan Agen Bioaktif untuk kuasa tambahan untuk pembersihan dan penanggalan kesan degil, Bioenzim yang diformulasi khas serta Agen Pengasing bagi melembutkan air agar cucian menjadi lebih bersih. Formula bebas-bilasan membantu mengekalkan kecerahan pakaian dan mengurangkan sisa-sisa yang menjengkelkan. Dihasilkan dengan sifat anti-karat berkuasa, ia membantu mencegah pembentukan karat pada butang dan zip logam serta melindungi komponen dan paip logam mesin basuh. Apabila anda inginkan aktiviti mencuci pakaian yang menyeronokkan, pilihlah Xtra Wash!
Jungle Fresh

Dispenser Wangian Udara Automatik Jungle Fresh adalah sistem dispenser wangian udara boleh-diprogram secara automatik yang kompak bagi mewujudkan udara luar yang menyegarkan di dalam kediaman anda. Sesuai untuk kegunaan di kediaman, pejabat, kafeteria, restoran, hotel dan kelab, ia adalah sistem dispenser wangian udara automatik yang terbaik di pasaran kini. Menjimatkan, tidak perlu penyelenggaraan dan boleh dipercayai untuk operasi jangka panjang yang tidak menyusahkan, dengan jangka hayat pengoperasian dan jangka hayat bateri yang panjang - hanya memerlukan dua biji bateri No. 1 yang dapat bertahan melebihi 3 bulan atau 3,000 kali semburan! Ia adalah sistem dispenser wangian udara yang kompak dan ideal dengan teknologi peneutralan dan pewangian udara terkini. Ia menampilkan ciri-ciri istimewa termasuk lampu penunjuk kuasa LED, penetap masa semburan dan 3 fasa induksi untuk aplikasi mudah tanpa masalah dan tanpa penyelenggaraan, sama ada di rumah mahupun di tempat kerja. Ia mudah dipasangkan dan beroperasi secara automatik untuk menikmati fungsi hebat.

No comments:

Post a Comment