 |
Dr. Africana's
Misai kucing, jasmin dan teh hitam
Satu kombinasi istimewa
100% herba semula jadi yang terdiri daripada Misai Kucing, Jasmin dan
teh Hitam yang
menyajikan rasa yang lazat bercitarasa serta
membekalkan kebaikan peningkat kesihatan yang penting. Misai Kucing
mengandungi pelbagai
vitamin dan mineral yang penting bagi
kesihatan yang baik. Ia mempunyai kandungan kalium yang tinggi, yang
berperanan penting dalam
berbilang-bilang proses penting di dalam
sistem tubuh. Disebabkan unsur bermanfaat ini, Misai Kucing telah
digunakan sejak turun-temurun
untuk mencuci ginjal dan pundi hempedu,
merendahkan tahap tekanan darah dan kolesterol, mengekalkan kesihatan
kardiovaskular serta
membantu dalam rawatan kencing manis, penyakit
ginjal, pundi hempedu, arthritis, gout dan rheumatisme. Misai Kucing
juga memberikan
kebaikan antioksida yang sederhana. Dr. Africana's Campuran Minuman Herba Misai Kucing
tidak mengandungi bahan pengawet,
pewarna atau kondisioner makanan yang
merbahayakan kesihatan dan boleh dinikmati sepuas-puasnya. Nikmatilah ia
setiap hari bagi melegakan
stres dan memberikan kesan merehatkan yang
efektif selepas bekerja sepanjang hari!
|
 |
Homsweet
Fruktosa Kristal adalah pemanis yang dihasilkan daripada jagung yang
mempunyai indeks glisemik rendah
maka ia tidak menyebabkan kenaikan tahap gula
dalam darah seperti mana gula biasa (sukrosa). Fruktosa Kristal diserap
secara
perlahan ke dalam tubuh dan menyebabkan
peningkatan rendah gula dalam darah. Jenis gula lain seperti gula halus,
organik atau
sirap tebu boleh menyebabkan peningkatan
mendadak gula dalam darah dan menyebabkan "keracunan insulin" bagi
pengidap kencing
manis. Penggunaan fruktosa juga membantu
meningkatkan pengambilan kalori, memandangkan ia adalah dua kali lebih
manis dari
gula biasa, tetapi mempunyai ketumpatan kalori
yang sama. Fruktosa Kristal Asli Homsweet adalah pemanis diperkuat
semula jadi
yang ideal untuk pengambilan harian dan boleh
digunakan untuk memasak. Ia menawarkan pemanis semula jadi premium untuk
meningkatkan rasa minuman, makanan dan masakan
anda demi gaya hidup yang lebih sihat. |
 |
Royalmix |
Minuman berkhasiat yang lazat, berasaskan sayuran dan dirumus untuk
pertumbuhan kanak-kanak, RoyalMix BD
Complex mengandungi sekumpulan vitamin dan
mineral penting yang membantu membina ketahanan semula jadi tubuh
manusia. Ia adalah
minuman serbuk berasaskan bijirin dan soya,
yang mengandungi bijirin menyelerakan. Ia cepat dan mudah disediakan,
memberikan
pemakanan menyihatkan kepada kanak-kanak bagi
menguatkan, mengaktifkan dan menyihatkan tubuh mereka. Pengambilan
RoyalMix BD
Complex secara tetap memberikan nutrisi
penting kepada kanak-kanak termasuklah lecithin dan kalsium yang tinggi
untuk
mengawalaturkan, menyelenggarakan dan
menguatkan kesihatan mereka serta menggalakkan pertumbuhan dan
perkembangan yang lebih baik.
Sesuai diambil pada bila-bia masa, siang atau
malam. Antara lain, RoyalMix BD Complex mengandungi lesitin soya,
ekstrak kacang soya,
germa gandum, madu, jeli raja, Vitamin C,
Bifidus dan banyak nutrien penting lain.
 |
B'Young |
B'Young Supreme Gold memberikan formulasi minuman
berfungsi yang sungguh unik lagi luar biasa yang
memberikan tubuh anda nutrien yang kaya,
penting dan sangat diperlukan bagi imbangan pemakanan yang sihat setiap
hari. B'Young
Supreme Gold memberikan rangsangan berkuasa
dengan formulasi berkhasiat yang direka secara saintifik bagi
meningkatkan ketahanan tubuh,
mengunjur kepada peningkatan kesihatan dan
tenaga tubuh secara amnya. Formulasinya yang terbukti, tidak seperti
suplemen kesihatan
konvensional lain dan kombinasi keunikan
ramuan semula jadinya menawarkan minuman berfungsi peningkat kesihatan
yang menyeluruh dalam
pasaran hari ini. Mulalah menikmati tenaga
muda yang diperbaharui dan berikan tubuh anda rangsangan yang ia
perlukan bagi merasai kemudaan
semula! B'Young Supreme Gold
adalah ideal diminum dalam jangka panjang bagi mendapatkan kebaikannya
serta mengekalkan
tahap tertinggi nilai-nilai khasiat. Kekal
muda, kekal sihat dan nikmati semangat baru daripada formulasi berfungsi
hebat ini!
 |
Vegi Vera |
Minuman Serbuk Jus Daun Gandum Vegi-Vera adalah minuman
kesihatan yang popular. Ia
adalah tambahan minuman yang lazat, berkhasiat
dan menyihatkan untuk merangsang pemakanan harian anda. Jus Daun Gandum
telah
lama dikenalpasti mempunyai kuasa pemberi
tenaga dan penyembuhan selain ia adalah pemakanan bernutrisi tinggi yang
memberikan
simpanan vitamin, mineral, klorofil dan enzim
penting. Ia mengandungi kandungan protein yang tinggi serta asid amino
penting
dan tidak penting. Dikenali sebagai
penyahtoksin yang hebat, Jus Daun Gandum juga mengandungi flavanoid,
Vitamin A, Vitamin C,
Vitamin E dan mineral penting seperti besi,
kalsium dan magnesium. Daun Gandum mempunyai kesan antibiotik,
antioksida dan
anti-keradangan. Minuman Serbuk Jus Daun
Gandum Vegi-Vera tidak seperti produk Daun Gandum biasa
kerana ia
menawarkan nisbah kepekatan 33:1 sedangkan
produk lain merupakan serbuk Daun Gandum kering dan bukannya serbuk Jus
Daun Gandum
yang mempunyai kualiti berkhasiat Daun Gandum
sebenar. Minuman Serbuk Jus Daun Gandum Vegi-Vera
mengekalkan
kebanyakan daripada nilai nutrisi tingginya
bagi memastikan produk berkepekatan konsisten yang memberikan
perlindungan
antioksida penting kepada tubuh yang membantu
sel dan tisu tubuh. Nikmati minuman yang memuaskan dan penghilang dahaga
ini untuk kelebihan khasiatnya!
 |
Zhubee
Bagi mereka yang mencari kombinasi makanan tambahan kesihatan dengan manfaat kesihatan, Tongkat Ali dengan
Jeli Raja & Ginseng ZhuBee
adalah pilihan yang amat disyorkan. Diadun secara sinergi, rumusan 3
bahan penting
istimewanya - Tongkat Ali, Jeli Raja dan
Ginseng menawarkan gabungan tiga ramuan yang berkesan untuk membekalkan
tubuh anda rangsangan
berkhasiat yang diperlukan. Tongkat Ali atau
Eurycoma Longifolia adalah herba tradisional yang digunakan dengan
meluasnya secara
tradisional untuk meningkatkan paras tenaga
dan stamina. Jeli Raja adalah sumber khasiat semula jadi yang kompleks
untuk merangsang
tenaga dan kesihatan. Ia juga merupakan sumber
yang kaya dengan asid amino, Vitamin A, C, D, E dan B-kompleks,
mineral-mineral surih
dan asid lemak. Ginseng, herba purba yang
begitu popular telah lama diiktiraf sebagai memiliki nilai kesihatan.
Komponen utamanya,
ginsenosida, dipercayai merupakan komponen
yang mempengaruhi prestasi fizikal. Satu lagi komponen penting,
polisakarida, dipercayai
kerap digunakan sebagai tonik umum kerana
ciri-ciri menyegarnya. Ginseng banyak kegunaannya dalam ubat-ubatan
tradisional. |
 |
Origrow
Susu Tepung Rendah Lemak Organik Origrow
adalah pilihan rendah lemak yang kaya tenaga dengan
vitamin, mineral dan kalsium serta disahkan
bebas racun perosak, racun herba, hormon atau antibiotik. Suplemen
makanan yang lazat
dan ideal untuk semua golongan dewasa. Ia
memberikan kebaikan nutrisi tanpa lemak berlebihan - pilihan hebat untuk
kekal langsing
dan untuk yang mementingkan pengekalan
kesihatan optimum! Susu Tepung Rendah Lemak Organik Origrow
mempunyai kandungan
rendah lemak sebanyak 0.8% sahaja. Susu rendah
lemaknya membekalkan banyak khasiat penting dengan hanya sebahagian
lemak - ia menarik
minat pengguna yang kian mementingkan
kesihatan dengan memberikan susu organik rendah lemak yang lazat, yang
disahkan 100% organik oleh
Assure Quality - institut pengesahan organik
premier New Zealand. Susu Tepung Rendah Lemak Organik Origrow
telah diproses
menurut Peraturan-peraturan Teknikal
Pengeluaran Organik NZFSA (New Zealand Food Safety Authority - Pihak
Berkuasa Keselamatan Makanan
New Zealand) dan telah lulus pemeriksaan,
audit dan analisis ujian tahunan sebelum pengesahan organik diperolehi.
Piawaian ini diperakui
oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat dan
Kesatuan Eropah sebagai setaraf dengan piawaian mereka.
Kebaikan khasiat utama Susu Tepung Rendah Lemak Organik Origrow:
Formulasi segera
Kandungan rendah lemak
Tinggi kalsium
Tinggi protein
Mengandungi asid linolik penting
Kaya vitamin dan mineral
Sesuai untuk golongan dewasa
|
 |
SS Solution |
Penyelesaian untuk kawalan berat badan berkesan!
Diperkuatkan dengan rumusan tersendiri yang seimbang, SS Solution
bertindak dengan baik untuk
membantu anda mencegah pertambahan berat badan
dalam jangka panjang. Rumusan minuman berfungsi unik yang mengandungi
rangkaian
nutrien fito (tumbuhan) yang mampu memberikan
secukupnya nutrien yang diperlukan tubuh bagi membantu metabolisme,
pembakaran lemak,
pembinaan otot dan menyokong fungsi tubuh
secara amnya serta memberikan rasa kenyang. Ia terbukti selamat untuk
pengambilan kerap
demi kesan tiada tandingan dalam membantu
mencegah penambahan berat badan serta mengekalkan tahap kesihatan
terbaik anda.
|
Kesan 3R SS Solution yang menakjubkan:
Mentakrifkan semula pengambilan kalori tubuh
Mengimbangkan semula sistem tubuh seperti metabolisme dan penyahtoksikkan
Mengembalikan rasa 'ringan' dan kesejahteraan
|
Kemampuan SS Solution menyekat
selera makan dengan memberikan rasa kenyang dapat membantu
pengguna untuk merendahkan pengambilan kalori ke tahap yang
menggalakkan penurunan berat badan. Ia membolehkan tubuh melaraskan
sistemnya secara beransur-ansur bagi menyesuaikan dengan jumlah
kalori baru yang diambil, supaya ia akan mengambil kurang makanan
lalu menggunakan tenaga yang tersimpan. Dengan kandungan yang
tinggi nutrien, SS Solution akhirnya menolong
mengembalikan tahap imbangan tubuh termasuklah tahap hormon dan
tenaga, sambil memudahkan dan menolong proses pembakaran, penyingkiran
dan penyahtoksikan lemak secara semula jadinya. Hasilnya, anda
akan memperolehi lebih otot tanpa lemak dan tubuh kurang lemak dengan
rasa
hebat yang 'ringan', bertenaga dan kesejahteraan menyeluruh.
|
Fungsi utama SS Solution termasuklah:
Menyekat selera dan mengurangkan pengambilan makanan
Meningkatkan Termogenesis (penjanaan haba)
Membantu proses membakar dan menyingkirkan lemak
Meningkatkan sintesis hormon
Mengurangkan penghasilan radikal bebas
Membentuk otot dan merencatkan simpanan lemak
Membekalkan khasiat seimbang kepada tubuh
Membantu mengekalkan tahap tenaga optimum
SS Solution membantu anda kekal langsing dan kekal sihat!
SS Solution dikhususkan kepada kumpulan sasaran: OBES, BERAT BERLEBIHAN dan BERAT IDEAL, mengikut
tahap Indeks Jisim Tubuh (Body Mass Index - BMI) masing-masing. Memandangkan SS Solution
adalah produk yang tinggi nutrien
(protein, vitamin dan mineral berkualiti tinggi) dan
yang rendah kalori, maka ia boleh menjadi pengganti hidangan serta
suplemen nutrien. Apabila
SS Solution digunakan oleh para
pengguna yang obes atau mempunyai berat berlebihan, ia bertindak sebagai
produk gantian
hidangan. Kandungan nutriennya mencukupi untuk para
penggunanya menanggung pengambilan makanan yang kurang dan menggunakan
tenaga yang
tersimpan di dalam tubuh. Apabila SS Solution
digunakan oleh para pengguna yang mempunyai berat badan normal pula, ia
menjadi suplemen nutrien kerana para pengguna berberat
badan normal tidak perlu berdiet atau melakukan program gantian
hidangan. Apa jua
kategori anda, SS Solution adalah penyelesaian terbaik untuk anda menyingkirkan lemak berlebihan, membenarkan anda memiliki
tubuh yang seimbang dan bertenaga.
Insuran liabiliti produk SS Solution
SS Solution dilindungi insuran liabiliti produk USD 1 juta bagi memastikan anda dapat menikmati
fungsi-fungsinya pada tahap yang optimum tanpa perlu risaukan sebarang kerosakan produk. |
|
|
|
|
 |
ISO 5
Lebih
lama sisa makanan kekal di dalam usus, maka lebih cenderunglah
berlakunya 'pentoksikan auto'. Terdapat
bukti yang menunjukkan bahawa toksin di dalam
tubuh kita menjadi penyumbang utama peningkatan keadaan yang merosot,
penyakit dan
proses penuaan. Oleh sebab itu, cara yang baik
untuk menggalakkan kesihatan ialah mengekalkan pengawalaturan usus
melalui pengambilan
serat makanan yang secukupnya setiap hari.
Memandangkan ramai orang sukar memastikan pengambilan serat yang mencukupi melalui diet setiap hari, maka
para pengguna hari ini boleh mengambil MINUMAN SERAT CAMPURAN ISO.5 dalam sachet mudah. MINUMAN SERAT
CAMPURAN ISO.5 adalah campuran imbangan teliti serat
makanan, probiotik dan enzim berkualiti tinggi yang boleh mencuci
dan memberi zat secara lembut kepada saluran gastrousus,
membantu menyingkirkan toksin dan bahan buangan daripada sistem tubuh,
serta mengekalkan tahap tenaga tubuh anda. Kandungan serat
tingginya boleh juga membantu mencapai matlamat pengurusan berat badan
dengan memberikan perasaan 'penuh' atau kepuasan. Setiap ahli
keluarga anda, termasuk kanak-kanak yang kurang pengambilan serat
harian terutamanya sekiranya mereka tidak menggemari
sayur-sayuran boleh memilih MINUMAN SERAT CAMPURAN ISO.5
sebagai suplemen serat mereka untuk membantu menyihatkan usus serta memelihara kesejahteraan keseluruhan.
|
Sedikit fakta mengenai Minuman Serat Campuran ISO.5:
Setiap hidangan 15 g memberikan anda:
Lebih daripada 6 g serat makanan iaitu bersamaan 300 g sayur-sayuran
Lebih daripada 6 bilion kultur probiotik, bersamaan pengambilan 6 hidangan produk susu kultur di pasaran
Lebih daripada 0.1 g enzim tumbuh-tumbuhan hidup bersamaan pengambilan 3 atau 4 potong betik atau nanas
|
Ringkasan kebaikan Minuman Serat Campuran ISO.5:
Menggalakkan kesihatan usus yang lebih baik
Melancarkan sistem pencernaan
Membantu merendahkan kolesterol tidak baik dan mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
Membantu mencegah pembentukan karsinogen, asid hempedu dan sebatian toksik lain
Membantu mengaktifkan sistem imun
Membantu meningkatkan kawalan glisemik dan mengawalaturkan gula darah
Menggalakkan sintesis vitamin
Memberikan kawalan berat badan yang lebih baik
|
|
 |
ISO 3
Menyuburkan Kulit Yang Cantik dari Dalam ke Luar!
Dengan peningkatan usia, serat kolagen kehilangan tekstur lembapannya, menjadi tidak kenyal dan seterusnya
mengakibatkan pembentukan kedutan dan kehilangan kekenyalan kulit. Campuran Kolagen Marin Terhidrolisis dengan Ekstrak
Buah-buahan ISO.3 membantu menstimulasikan penghasilan kolagen baru pada kulit dan memastikan metabolisme kolagen dikekalkan
di tahap yang optimum. Kolagen Marin Terhidrolisis di dalam ISO.3
diperolehi daripada kulit ikan berkualiti tinggi
- sumber kolagen terbaik yang diketahui. Berat
molekulnya adalah antara 1000-2000, di mana ia membenarkan penyerapan
yang lebih pantas
ke dalam tubuh kerana ia telah dicernakan
terlebih dahulu melalui proses "hidrolisis".
Selain dari Kolagen Marin Terhidrolisis, formulasi unik ISO.3
juga terdiri daripada bahan botani
bio-aktif yang diperkaya dengan antioksida dan fitokimia seperti
Ekstrak Ceri Acelora, Ekstrak Biji Kiwi, Serbuk Mutiara, Serbuk Gel
Aloe Vera, Kompleks Karotenoid dan Serbuk Buah-buahan Campuran
yang bertindak sejajar dengan objektif penjanaan kecantikan dari dalam
ke luar.
Sistem penyuburan kulit dari dalam ke luar CNP ISO.3
C - Clear / Membersih (untuk penyahtoksikan dan penyembuhan)
Kandungan berfungsi bertindak dengan
membersihkan saluran darah ke kulit bagi membenarkan lebih banyak
nutrien,
darah dan air sampai ke lapisan kulit. Langkah ini melibatkan
pemulihan dan pembersihan kulit yang menua dan menyingkirkan toksin,
bintik-bintik penuaan, bintik-bintik hati dan bahan buangan
daripada kulit.
N - Nourish / Menyubur (untuk kecantikan dan pembaharuan)
Kandungan berfungsi yang dibawa di dalam
saluran darah sampai ke lapisan kulit dan menyuburkan kulit. Langkah ini
melibatkan segala aktiviti penyuburan kulit seperti pembentukan sel
kolagen baru (sel kulit baru) dan pencegahan penuaan kulit intrinsik.
P - Protect / Melindungi (untuk kesihatan kulit jangka panjang)
Kandungan berfungsi melindungi kulit
daripada agen ekstrinsik yang menyebabkan kulit menua. Langkah ini
melibatkan perlindungan jangka panjang kulit daripada kerosakan
yang disebabkan oleh UV yang boleh menjurus kepada lesi kulit dan kanser
kulit.Kandungan berfungsi melindungi kulit daripada agen
ekstrinsik yang menyebabkan kulit menua.
Ringkasan Kebaikan CAMPURAN KOLAGEN MARIN TERHIDROLISIS DENGAN EKSTRAK BUAH-BUAHAN ISO.3:
Membantu merangsangkan pembentukan kolagen dan metabolisme
Membantu menggalakkan pembaharuan kulit dan mengurangkan pengecutan otot.
Membantu menyelenggarakan kesihatan kulit dan mukus membran.
Membantu memperbaiki keserian dan lembapan kulit.
Membantu mengurangkan penampilan kedutan dan lingkaran hitam di sekeliling mata.
Membantu mengurangkan hiperpigmentasi kulit dan memulihkan akne.
Membantu meneutralkan radikal bebas.
Membantu menyahtoksik kulit.
Membantu melindungi kulit daripada radiasi ultraungu.
Membantu mencegah penyakit dan jangkitan kulit.
Membantu menyumbang kepada kesihatan menyeluruh pada tulang, gusi, rambut dan kuku.
Membantu meningkatkan sistem imun tubuh.
|
 |
ISO 7 |
Pakar antioksidan untuk "Lindung-Pulih" kesihatan anda!
Radikal bebas menyerang
kita dari pelbagai sumber, setiap hari. Ketika kita masih muda, tubuh
memiliki mekanisme
pembaikan dan pembaharuan menyeluruh yang
bertindak bagi memastikan fungsian sel dan organ pada tahap optimum,
maka kesan radikal bebas
adalah agak sedikit secara relatif. Apabila
kita semakin tua, kesan kerosakan radikal bebas akan semakin terkumpul. ISO.7
adalah campuran sinergi ekstrak pelbagai
buah-buahan dan sayur-sayuran yang dipilih khas kerana keberkesanannya
menentang kesan radikal
bebas. Ia adalah produk khusus yang bertujuan
melindungi dan memulihkan sistem tubuh. Satu sachet ISO.7 membekalkan
kira-kira 3,500 mole
TE/g antioksidan, atau nilai ORAC. Campuran
ekstrak ini membekalkan fitokimia berkuasa seperti antosianin,
proantosianidin, monomer katekin,
dan polifenol
apakah ORAC?
Ukuran kuasa antioksidan untuk meneutralkan
kerosakan radikal bebas pada tahap sel dikenali sebagai nilai Kapasiti
Penyerapan Radikal Oksigen (Oxygen Radical Absorbance Capacity)
atau nilai ORAC. Lebih tinggi nilai ORAC sesuatu produk, maka lebih
tinggilah kuasa antioksidannya. Kajian oleh Pusat Nutrisi
Manusia di Universiti Turfs, Amerika Syarikat, mendapati nilai ORAC
sekurang-
kurangnya 5000 sehari diperlukan bagi mencegah penyakit
berkaitan umur tertentu. Malangnya, pengambilan harian seperti yang
disyorkan
oleh pengamal kesihatan iaitu sebanyak 5-8 hidangan buah-buahan
dan sayur-sayuran hanya dapat membekalkan antioksidan dengan nilai ORAC
sebanyak 2000-3000 unit sahaja. Oleh sebab itulah, adalah logik
untuk menyarankan pengguna mengambil makanan yang tinggi nilai ORAC demi
menguatkan sistem pertahanan tubuh terhadap serangan radikal
bebas.
|
Mekanisme Lindung-Pulih ISO.7
Mengurangkan stres-pengoksidaan dengan meneutralkan radikal bebas sebelum ianya dapat menyerang sel.
Membaiki kerosakan radikal bebas di dalam sel dan tisu, lalu memulihkan kembali fungsi organ dan memulihkan sistem tubuh.
Merehatkan saluran darah dan mengembalikan aliran darah ke
organ penting seperti mata, telinga, otak, kemaluan, jantung, ginjal,
paru-paru dan kulit. Proses ini memulihkan kesihatan secara
umum.
Mengurangkan serum kolesterol dan lipid, membantu mengekalkan tekanan darah normal dan kesihatan optimum.
Bagi faedah jangka panjang - mengurangkan risiko penyakit
kronik melalui khasiat antiaterosklerosis, antiangiogenik, antibakteria
dan antikarsinogenik serta mengoptimumkan fungsi sistem imun.
|
Ringkasan kebaikan ISO.7 :
Membantu mencegah kesan penuaan awal.
Membantu menggalakkan kesihatan kardiovaskular.
Membantu merangsang fungsi otak dan ketajaman minda yang sihat.
Membantu menggalakkan kesihatan penglihatan.
Membantu mengekalkan tahap gula yang sihat di dalam darah.
Membantu menggalakkan kesihatan saluran kencing.
Membantu memelihara kulit yang sihat.
Membantu meningkatkan sistem imun tubuh.
Membantu mengekalkan fungsi sel yang sihat.
Dapat menyumbang kepada kesihatan mulut.
Bermanfaat terhadap fungsi penghadaman.
|
No comments:
Post a Comment